Alham
dulillah, puji dan syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan keizinannya pentdbiran PMRAM 2009 dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar. Syukur tidak terhingga juga kerana kepimpinan PMRAM 2010 dipilih dengan kriteria-kriteria yang tepat serta dilihat dapat meningkatkan kualiti PMRAM pada masa yang akan datang.Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang dijadikan sebagai qudwah yang membayangi PMRAM agar gerakan Islam ini terus dipandu mengikut acuan Islam yang tepat dan benar. 13/4/2010 menyaksikan PMRAM bakal dipandu oleh kepimpinan yang baru dengan tema "KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH" yang dilihat mampu menarik ahli baru untuk bersama-sama dengan perjuangan suci PMRAM serta mampu untuk menguatkan jentera PMRAM untuk terus bekerja semaksima mungkin bagi memastikan survival khilafah ini terus megah dan utuh.
Sebelum ini ahli PMRAM banyak membuang masa dengan melayan kerenah ISMA dan sekutunya sehingga terlupa untuk memperkemaskan jentera sehingga hampir-hampir melemahkan pentadbiran PMRAM sedangkan banyak lagi agenda mahasiswa yang perlu dilunaskan bagi memastikan ahli PMRAM menjadi ahli yang benar-benar kuat dan berani. Buat jentera PMRAM, ISMA dan sekutunya hanya umpama kemuncup di jalanan. Tak perlu berhenti untuk membuangnya, sambil berjalan pun masih mampu untuk membuangnya. Bagi saya pula mereka ini umpama najis hidung (bahasa lembut) yang menghalang lubang pernafasan, tak perlu bekerja keras untuk membuangnya, sambil-sambil pun boleh.
Apa yang pasti, pada pandangan saya jentera PMRAM perlu fokus kepada empat agenda ini:
1. Susun dan perkasa setiap cawangan PMRAM.
2. Bina dan kenalpasti ahli.
3. Berpandangan jauh.
4. Perentasan blok-blok mahasiswa.
----------------------------------------------------------------------------------------
SUSUN DAN PERKASA SETIAP CAWANGAN PMRAM.
Setiap cawangan PMRAM perlu dikemaskini dan diperkasa kembali daripada pelbagai sudut pentadbiran mahupun tarbiah. Setiap cawangan perlu membina strategi-strategi baru bagi membina sebuah kekuatan baru agar ahli di setiap cawangan mampu menjadi seorang ahli yang berkualiti. Banyak kerja, kurang cakap. Setiap cawangan PMRAM juga harus memperbaharui manhaj-manhaj tarbiah yang dilihat tidak sesuai dengan keadaan sekarang.
Memperbaharui manhaj tidak bermakna membuang manhaj yang sediaada tetapi cukup dengan melakukan sedikit re-branding agar manhaj-manhaj tersebut dapat diterima pakai oleh setiap pihak. Untuk sesi ini juga setiap cawangan PMRAM perlu menghidupkan sistem PMRAM Pusat dan Cawangan yang telah dipersetujui secara bersama dengan jayanya agar penyakit taasub BKAN dan DPM dapat dilenyapkan. Melalui sistem ini mentaliti KITA PMRAM dapat dibina seterusnya kekuatan dapat dipusatkan serta kekuatan maksima akan diperolehi sehingga ianya dapat merealisasikan PMRAM sebagai persatuan induk di Mesir ini.
Pemerkasaan PMRAM juga dapat dibuat dengan menjuarai isu-isu mahasiswa dan isu-isu semasa. Oleh itu semua WAKIL RAKYAT (pimpinan) PMRAM di setiap cawangan perlu peka terhadap semua isu-isu yang berlaku disekeliling. Dengan cara ini, wakil rakyat PMRAM dapat dilihat sebagai wakil rakyat yang berkaliber serta mesra rakyat sekaligus menjadikan ahli-ahli disetiap cawangan tidak merasa kekok dan segan untuk berdampingan dengan wakil rakyat PMRAM di setiap cawangan.
BINA DAN KENALPASTI RIJAL/AHLI.
Saban tahun ribuan mahasiswa/wi baru akan datang ke bumi Musa ini. Melalui peluang yang ada ini, setiap jentera PMRAM perlu bekerja keras untuk membina dan mengenalpasti ahli-ahli yang mampu untuk bersama-sama dengan perjuangan PMRAM. Setiap jentera perlu menyematkan di dalam minda masing-masing bahawa setiap ahli-ahli baru yang datang merupakan aset yang paling bernilai buat PMRAM kerana mereka merupakan rijal yang bakalmembantu serta menentukan survival perjuangan PMRAM.
Ahli PMRAM yang sedia ada perlu di bina agar menjadi seorang ahli yang kuat, berani dan bertanggungjawab. Pembinaan semula ahli PMRAM perlu kerana kebanyakan ahli sudah mula lupa dengan tanggungjawab sebagai seorang ahli gerakan. Pemerkasaan semula usrah merupakan cara terbaik bagi memastikan setiap ahli jentera benar-benar faham dengan tugas dan peranan sebagai anggota sebuah persatuan Islam. Para nuqoba' juga perlu dilatih sebaiknya seperti mengadakan Simposium Nuqoba' Kebangsaan seperti yang pernah dijalankan sebelum daripada ini. Apa yang pasti untuk menjayakan pembinaan rijal ini para jentera perlu mengubah sikap supaya menjadi ahli yang bertanggungjawab, amanah dan positif.
BERPANDANGAN JAUH.
Pemikiran luar kotak dan jauh merupakan cara berfikir yang dikira berjaya untuk menjadikan setiap cawangan PMRAM itu maju ke hadapan. Malah setiap cawangan PMRAM perlu terbuka di dalam setiap gerak kerja lebih-lebih lagi yang membabitkan keterlibatan mahasiswi. Mahasiswi PMRAM perlu lebih terbuka untuk menerima perubahan suasana agak ketara mutakhir ini.
PERENTASAN BLOK-BLOK MAHASISWA.
Mesir mutakhir ini melihatkan pembahagian dua blok mahasiswa yang agak ketara perbezaannya. Blok pertama kita kenali sebagai blok pengajian Islam dan blok kedua pula blok perubatan. Maka landskap mad'u yang telah berubah ini merupakan suatu peluang untuk pentadbiran PMRAM mengaut sokongan yang besar. Maka jentera PMRAM perlu bersiap sedia untuk merentasi dua blok mahasiswa yang besar ini.
Muslimat PMRAM juga memainkan peranan yang besar untuk menarik sokongan padu daripada golongan blok mahasiswa kedua ini. Pendekatan perlu lebih terbuka untuk memastikan penerimaan mereka terhadap perjuangan suci PMRAM ini. Pendekatan penerangan secara lisanul hal amat perlu untuk menarik minat meraka tanpa meletakkan konsep lisanul maqol mendahului setiap perbuatan. Hal ini kerana latarbelakang yang cukup berbeza. Ada dikalangan mahasiswa perubatan ini yang langsung tidak berlatarbelakangkan pengajian daripada sekolah agama. Malah kumpulan mereka ini lebih ramai jika dibandingkan dengan kelompok perubatan daripada lepasan agama.
Isu-isu perubatan yang membelenggu mereka seperti masalah kenaikan nama yang lambat, visa, penempatan dan banyak lagi masalah perlu kita juarai sebagai ahli daripada sebuah persatuan yang menitik beratkan kebajikan ahli.
Akhirnya, semoga jentera PMRAM pada sesi 2010 ini bakal menjalankan tugas dengan lebih bersungguh dan lebih memfokuskan perkara-perkara yang lebih utama di dahulukan. Saya ingatkan sekali lagi jangan buang masa dengan masalah ISMA dan sekutunya kerana mereka hanyalah umpama lalat yang singgah di dahi. Percayalah setiap kumpulan yang bersama-sama dengan taghut pasti Allah SWT hancurkan. Semoga Allah SWT memberikan kekuatan dan kemenangan dan ganjaran pahala yang besar serta memastikan perjuangan PMRAM ini sentiasa didasari dengan Al-Quran dan As-Sunnah.
KITA PMRAM !!!
0 Komentar:
Catat Ulasan