My Counters
Sejak 21 Mei 2008
Untukmu PMRAM
Photobucket
Bersatu & Berbakti
Photobucket
Ruang Sembang

ShoutMix chat widget
Who PAS Are?
Photobucket
Our Forum's
Biodata ringkas berkenaan Syeikh Fathi Yakan.
Isnin, Mac 24, 2008
Siapakah dia Dr. Fathi Yakan?

Dr. Fathi Yakan telah dilahirkan pada 9 Februari / Syabat (kiraan bulanan kuno di negara Lubnan) 1933 di Tarablus Lubnan. Telah berjaya memperolehi Phd di dalam bidang pengajian Islam dan bahasa Arab. Telapun berkahwin dengan Puan Dr. Mona Haddad Yakan dan telah dikurniakan 5 orang cahaya mata ( 4 perempuan dan 1 lelaki). Beliau merupakan diantarakan tokoh gerakan Islam di Lubnan dan di dunia Islam bahkan beliau merupakan diantara pelopor yang mengasaskan gerakan Islam di Lubnan bersama-sama dengan lebih kurang 50 orang saudaranya yang lain sejurus selepas mereka menziarahi Dr. Mustafa As-Siba'ie Rahimahullahu di Syria.

Beliau telah menyumbang tenaga di dalam mempelopori fikrah gerakan Islam di dalam dunia Arab dan beliau juga telah menyebarkan risalah-risalah dan tulisan-tulisan yang berbentuk ideologi ke dunia Arab dan Islam sebagai panduan generasi-generasi kebangkitan Islam dan kebanyakan daripada tulisan-tulisan beliau telah diterjemahkan di dalam banyak bahasa. Di antara tulisannya yang terkenal adalah ماذا يعنى إنتمائى للإسلام (Apa ertinya saya menganut agama Islam), مشكلة الدعوة والداعية (Masalah yang berkaitan dengan Dakwah dan Pendakwah) dan banyak lagi.

Beliau juga pernah memenangi kerusi pada pilihanraya Lubnan pada tahun 1992. Beliau juga pernah menyertai Perhimpunan Islam Antarabangsa (International Islamic Conference).

Fakta lain:-

Beliau pernah menolak amalan pilihanraya kerana berpendapat ianya merupakan perkara baru yang tidak di lakukan di zaman Nabi Muhammad saw, tetapi akhirnya beliau akur dengan hanya menyertai pilihanraya sahajalah negara Islam mampu ditegakkan.

Label:

posted by Abi & Ummi Iman @ 7:41:00 PM  
1 Comments:
  • At 2009 Julai 17 06:53, Anonymous Tanpa Nama said…

    beliau menyertai pilihanraya sebagai wasilah/cara untuk menyampaikan dakwah sahaja bukan akur dengan menyertai pilihanraya islam mampu ditegakan.kaji fakta dalam penulisanya dan rakan rakan seangakatannya.

     
Catat Ulasan
<< Home
 
About Us

Name: Muhamad Hakimi Hussain / Ummi Salwa Nordin
Home: Taman Datok Harun / Pandamaran Jaya, Selangor, Malaysia
About Me:
See my complete profile
Previous Post
Archives
Sahabat Bloggers
Powered by

BLOGGER